4 Jenis insurans pinjaman rumah: MRTA, MRTT, MLTA atau MLTT di Malaysia

Setelah membeli rumah, amat digalakkan untuk membeli insurans pinjaman rumah untuk melindungi insiden yang tidak dapat dielakkan. Terdapat 4 jenis insurans rumah di Malaysia, iaitu Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA), Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), Mortgage Level Term Assurance (MLTA), atau Mortgage Level Term Takaful (MLTT) yang sepatututnya diambil semasa membeli rumah. Ia memberikan perlindungan kepada ahli keluarga yang lain sekiranya berlaku sesuatu buruk kepada anda seperti kematian atau kecacatan kekal (TPD) supaya mereka dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman anda seperti biasa.

Di sini, saya akan terangkan perbezaan antara 4 jenis insurans pinjaman rumah ini.

mlta

Insurans Pinjaman Rumah

1. Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) 

Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji  adalah sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah yang diinsuranskan menyusut, mengikut tempoh pinjaman perumahan anda.

Sebagai contoh, jika rumah dibeli berharga RM500,000 dan selepas 10 tahun, baki pinjaman dianggarkan sekitar RM350,000. Sekiranya pemilik meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal (TPD), insurans hanya akan membayar lebihan baki pinjaman sahaja iaitu RM350,000 dan rumah tersebut akan menjadi milik waris. Jadi, adalah sangat penting untuk anda pastikan bahawa semasa mengambil MRTA, anda memasukkan tempoh dan nilai pinjaman perumahan dengan betul.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga atau waris tidak akan menerima apa-apa lebihan bayaran kerana ia tidak termasuk dalam polisi ini. Pembayaran perlindungan MRTA ini dibayar sekaligus pada permulaan polisi dan biasanya kos MRTA dipengaruhi oleh tiga faktor seperti umur peminjam; amaun pinjaman perumahan dan jangka masa pinjaman perumahan. Kos MRTA biasanya dapat dimasukkan sekali dalam pinjaman pinjaman.

MRTA tidak wajib di Malaysia, tetapi boleh diwajibkan dalam terma dan syarat penyedia pinjaman perumahan individu. Ini bermaksud, walaupun anda tidak memerlukan perlindungan ini secara sah, bank yang menawarkan pinjaman perumahan mungkin akan menegaskan yang anda perlu mengambilnya untuk melindungi nilai pinjaman.

2. Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) adalah suatu polisi takaful yang ditawarkan untuk memberikan perlindungan terhadap risiko kematian atau kehilangan upaya tetap kepada pemilik rumah yang telah mengambil pinjaman perumahan. Polisi ini membantu melindungi pemilik rumah dan keluarganya daripada kesulitan kewangan yang mungkin timbul sekiranya pemilik rumah meninggal dunia atau mengalami kehilangan upaya tetap sebelum menyelesaikan pembayaran pinjaman perumahan.

Perbezaan utama antara MRTA dan MRTT adalah MRTA adalah polisi insurans konvensional manakala MRTT adalah polisi takaful yang mengikuti prinsip-prinsip kewangan Islam. Oleh itu, MRTT mengambil pendekatan yang berbeza dalam menguruskan dana yang dikumpul daripada peserta takaful. Di bawah prinsip kewangan Islam, dana yang dikumpul dari peserta takaful digunakan untuk melabur dalam pelbagai instrumen kewangan yang sah dan halal, dan keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama antara peserta takaful dan syarikat takaful.

Selain itu, MRTT juga menawarkan pelan perlindungan yang fleksibel, di mana pemilik rumah boleh memilih tahap perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan anggaran kewangan mereka. Bayaran untuk perlindungan MRTT boleh dimasukkan sebagai kos dalam pinjaman perumahan dan dibayar sekaligus pada permulaan polisi, sama seperti MRTA.

Secara keseluruhan, MRTT menawarkan perlindungan yang serupa dengan MRTA, tetapi mengikut prinsip-prinsip kewangan Islam dan menawarkan fleksibiliti yang lebih besar dalam pelan perlindungan.

mlta

3. Mortgage Level Term Assurance (MLTA)

MLTA atau Jaminan Tempoh Tahap Gadai Janji  adalah sejenis insurans pinjaman rumah di mana jumlah yang diinsuranskan kekal sepanjang tempoh pelan. 

MLTA memberikan nilai manfaat yang jelas sepanjang tempoh polisi. Tapi ini tidak seperti MRTA; sekiranya terdapat lebihan pembayaran, ia akan dibayar kepada benefisiari! Dalam scenario ini, di mana pelan perlindungan MLTA anda berharga RM500,000, dan baki pinjaman perumahan yang belum dijelaskan berjumlah RM300,000.Tuntutan yang berjaya akan membayar RM300,000 kepada bank untuk menampung hutang rumah yang belum dijelaskan, dengan RM200,000 dibayar kepada benefisiari polisi. Seperti MRTA, kos MLTA dinilai berdasarkan faktor-faktor seperti umur anda, jumlah nilai yang diinsuranskan iaitu amaun pinjaman, dan jangka masa pinjaman anda. Pembayaran premium untuk MLTA dibuat secara ansuran sepanjang tempoh polisi, dan biasanya pembayaran melalui kad kredit.

insurans pinjaman rumah

4. Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

Mortgage Level Term Takaful (MLTT) adalah polisi takaful insurans pinjaman rumah yang ditawarkan untuk memberikan perlindungan terhadap risiko kematian atau kehilangan upaya tetap kepada pemilik rumah yang telah mengambil pinjaman perumahan. Polisi ini menawarkan perlindungan yang sama seperti Mortgage Level Term Assurance (MLTA), tetapi dalam versi takaful.

MLTT mengambil pendekatan yang berbeza dalam menguruskan dana yang dikumpul daripada peserta takaful. Polisi ini mengikuti prinsip-prinsip kewangan Islam, di mana dana yang dikumpul dari peserta takaful digunakan untuk melabur dalam pelbagai instrumen kewangan yang sah dan halal. Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama antara peserta takaful dan syarikat takaful.

Seperti MLTA, MLTT menawarkan perlindungan bagi jumlah tertentu yang ditentukan oleh pemilik polisi, tetapi jumlah perlindungan akan kekal tetap sepanjang tempoh polisi. Bayaran untuk perlindungan MLTT juga boleh dimasukkan sebagai kos dalam pinjaman perumahan dan dibayar sekaligus pada permulaan polisi.

Sama seperti MLTA, insurans takaful MLTT akan membayar sebarang lebihan bayaran yang diinsuranskan terus kepada pemilik polisi atau benefisiari sekiranya tuntutan dibuat. MLTT memberikan perlindungan yang penting terhadap risiko kematian atau kehilangan upaya tetap, dan ia dapat membantu pemilik rumah dan keluarganya menghadapi kesulitan kewangan dalam keadaan yang sukar.

Kepentingan insurans pinjaman rumah adalah bahawa ia dapat memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik rumah dan keluarganya dalam keadaan yang sukar seperti kematian atau kehilangan upaya tetap, serta membantu mengurangkan tekanan kewangan yang tidak dijangka. Oleh itu, pemilihan jenis insurans pinjaman rumah yang sesuai dan memadai adalah penting untuk melindungi pelaburan dalam rumah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *