Table of Contents
2) Apakah LPPSA?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.
Setiap tahun LPPSA telah meluluskan hampir 40,000 permohonan dengan kadar penolakan yang rendah kurang daripada 15%.
Buat masa ini, RM9-10 bilion setahun telah dikeluarkan oleh LPPSA untuk pinjaman perumahan kepada penjawat awam, dan untuk tahun ini mereka menyasarkan jumlah pembiayaan sehingga RM12 bilion.
Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA, iaitu:
Jenis I | Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap |
Jenis II | Membina rumah di atas tanah sendiri |
Jenis III | Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan |
Jenis IV | Membeli tanah dengan tujuan membina rumah |
Jenis V | Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan |
Jenis VI | Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA |
Jenis VII | Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman |
Di laman web rasmi LPPSA, anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat mengenai cara membuat permohonan pembiayaan, pengiraan dan pembayaran, serta iklan tender/sebut harga.
https://www.lppsa.gov.my/v3/my/
3) Manfaat pinjaman
Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:
Margin pembiayaan | Sehingga 100% |
Kadar faedah | 4% |
Bilangan pembiayaan | Layak untuk pembiayaan kedua jika yang pertama selesai bayar |
Ansuran bulanan | Tidak lebih 50% gaji pokok |
Tempoh pinjaman | Pinjaman pertama 30 tahunPinjaman kedua 25 tahun |
Had umur | Hingga 90 tahun |
Kelebihan faedah | Faedah atas baki pinjamanIkut kaedah baki berkuranganFaedah akan berkurangan setiap bulan |
Pembayaran balik boleh juga dibuat melalui potongan pencen jika peminjam telah bersara, ataupun potongan gaji bagi peminjam yang masih berkhidmat.
Berikut adalah manfaat lain skim pinjaman LPPSA:
- Boleh digunakan untuk pembiayaan individu untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian.
- Pembiayaan secara individu dibenarkan walaupun Perjanjian Jual Beli (S&P) mengandungi dua nama.
- Pembiayaan untuk pembelian rumah kos rendah yang dalam pembinaan dibenarkan, dengan syarat.
- Pembiayaan untuk pembelian petak rumah yang telah siap tetapi belum memiliki hakmilik Strata dibenarkan, dengan syarat ia dibuat dibawah pembelian harta sekunder assignment, dan pembeli tidak dibenarkan menjual petak rumah tersebut kepada orang lain sehingga hakmilik Strata dikeluarkan.
- Pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh adik-beradik dibenarkan.
- Pembiayaan pembinaan rumah atas tanah kepunyaan pasang dibenarkan, tetapi dengan syarat pasangan merupakan pemilik bersama tanah tersebut.
4) Bagaimana pinjaman LPPSA berfungsi?
Pertama sekali, anda perlu menentukan amaun kelayakan pembiayaan untuk mengelakkan daripada permohonan anda ditolak.
Amaun ini boleh didapati dengan menggunakan Kalkulator Pembiayaan yang telah disediakan pada laman web LPPSA.
Mengikut jadual kelayakan pembiayaan LPPSA, potongan pinjaman perumahan kerajaan dan potongan-potongan lain tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
Di samping itu, jumlah hutang tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
Secara umumnya, selepas mengetahui kelayakan pembiayaan, anda bolehlah mengikuti proses pembiayaan seperti berikut:
- Permohonan dalam talian dan penerimaan tawaran
- Pemprosesan dan kelulusan
- Cagaran harta kepada lembaga
- Bayaran premium insurans
- Pengeluaran bayaran
- Bayaran balik pembiayaan
- Pemantauan dan pemulihan ke atas peminjam ingkar (jika berkaitan)
- Penyelesaian pembiayaan sepenuhnya
- Pemulangan dokumen hakmilik
- Pemulangan baki kredit dan tutup akaun
Dokumen yang perlu disediakan dan diisi dengan lengkap untuk permohonan pembiayaan perumahan sektor awam adalah:
- Borang permohonan
- Aqad perlindungan takaful (hanya untuk pemilihan panel takaful)
- Surat persetujuan penyelesaian hutang pembiayaan perumahan sektor awam
- Semua dokumen sokongan yang diperlukan
- Selepas permohonan dihantar, proses kelulusan pembiayaan akan mengambil tempoh sekitar 6-21 hari, bergantung kepada jenis pinjaman yang dimohon
- Jika dokumen tak diisi dengan lengkap, permohonannya mungkin tak diluluskan, jadi pastikan semua maklumat telah dikemas kini dengan betul!
5) Syarat kelayakan peminjam
- Warganegara Malaysia.
- Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
- Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
- Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
- Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
- Bukan seorang yang:
- Bankrap
- Terlalu banyak berhutang
- Pemakan gaji tidak berkemampuan
- Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
- Masih bekerja secara kontrak
6) Contoh pemohon yang layak memohon untuk pembiayaan:
- Anggota perkhidmatan awam, polis, tentera, pentadbiran negeri, pentadbiran persekutuan
- Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen, hakim
- Badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan negeri
Kesimpulan, LPPSA membantu pekerja sektor awam memperoleh pembiayaan untuk membeli rumah dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh bayaran balik yang fleksibel. Oleh itu, LPPSA memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemilikan rumah dan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.