Pengumuman Duti Setem Rumah 2023

Hartanah adalah satu pelaburan besar yang melibatkan pelbagai proses, maka amat penting untuk anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli rumah anda.

Pengecualian duti setem untuk rumah pertama adalah insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka mengurangkan kos pembelian rumah. Ini bermaksud bahawa pembeli rumah pertama akan dibenarkan untuk tidak membayar cukai setem bagi dokumen perjanjian jual beli yang berkaitan dengan pembelian rumah mereka.

Pengecualian duti setem untuk rumah pertama ini merupakan inisiatif yang positif kerana dapat memberikan bantuan kewangan kepada pembeli rumah pertama, terutamanya bagi mereka yang masih muda dan baru memulakan kerjaya. Kos yang mereka perlu tanggung untuk membeli rumah mungkin merupakan bebanan yang besar, dan dengan pengecualian duti setem, mereka dapat mengurangkan bebanan kewangan yang perlu ditanggung.

duti setem

1. Apakah Duti Setem 2023?

Menurut rujukan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), duti setem ialah cukai yang akan dikenakan ke atas dokumen bertulis (surat cara) dan bukan transaksi.

Secara amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949.

Duti setem penting kerana setiap dokumen (surat) cara hendaklah disetemkan dengan sempurna supaya menjadi dokumen dan bukti yang sah di mahkamah.

2. Berapakah Kadar Duti Setem Pindah Milik 2023

Pada belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan kenaikan duti setem rumah bagi hartanah bernilai lebih daripada RM1 juta, yang mana kadar tersebut telah meningkat sebanyak 3% ke 4%.

Oleh yang demikian kadar duti setem rumah 2023 terkini adalah dikira seperti di bawah.

PERINGKAT HARGA RUMAHDUTI SETEM RUMAH (% DARIPADA HARGA RUMAH)
RM100,000 pertama1%
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000)2%
Jumlah seterusnya sehingga ( RM500,0001- RM1 juta )3%
Jumlah seterusnya (>RM1 juta)4%

3. Contoh Pengiraan Duti Setem Pindahmilik 2023

Contoh 1:

Jika anda membeli pada harga RM500,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAHRM500,000
RM100,000 pertamaRM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000)RM400,000 x 2% = RM8000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAHRM9000

Contoh 2:

Andaikata anda membeli pada harga RM800,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAHRM500,000
RM100,000 pertamaRM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000)RM400,000 x 2% = RM8000
Jumlah seterusnya, RM300,0000RM300,000 x 3% = RM9000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAHRM18,000

Contoh 3:

Jika anda membeli pada harga RM1,200,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAHRM500,000
RM100,000 pertamaRM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000)RM400,000 x 2% = RM8000
Jumlah seterusnya sehingga ( RM500,0001- RM1 juta )RM500,000 x 3% = RM15,000
Jumlah seterusnya RM200,000RM200,000 x 4% = RM8,000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAHRM32,000
duti setem

4. Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama 2021

Tahukah anda kos duti setem boleh menelan belanja yang agak besar lebih-lebih lagi jika melibatkan pembelian hartanah kediaman.

Tetapi, bagi terus menggalakkan pemilikan rumah, kerajaan akan melaksanakan pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

Pengecualian duti setem hanya diberi jika Perjanjian Jual Beli dikuatkuasa dari 1 hb Januari 2021 sehingga 31hb Disember 2025.

Ini bermakna, jika anda membeli rumah di bawah RM500,000 pada tahun 1hb Januari 2021 sehingga 31hb Disember 2025 , dan anda adalah pembeli rumah pertama maka anda akan menikmati pengecualian duti setem rumah 2023.

5. Kriteria Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama 2023

Sebelum anda dapat menikmati pengecualian duti setem rumah 2023, anda harus membuat satu akujanji mengesahkan rumah yang dibeli adalah seperti berikut.

  1. Tarikh Perjanjian Jual Beli dikuatkuasa: 1hb Januari 2021 hingga 31 disember 2025.
  2. Mengesahkan yang harga belian harta kediaman yang disebut adalah tidak melebihi RM500,000.
  3. Mengesahkan harta kediaman yang dibeli tidak termasuk small office home office (SOHO), small office flexible office (SOFO), small office virtual office (SOVO) dan service apartment.
  4. Anda tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperolehi secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individual atau bersama dan belum pernah diluluskan permohonan peremitan duti setem.

Pengecualian duti setem ini adalah satu langkah positif yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pembelian rumah pertama dan membantu masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri. Diharapkan langkah ini dapat membantu meningkatkan kepemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dan memberikan manfaat jangka panjang kepada ekonomi negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *