Proses Beli Rumah Subsales Di Malaysia: Panduan 7 langkah

Apakah rumah subsales?

Rumah subsales ialah hartanah terpakai yang dijual di pasaran sekunder. Tidak seperti hartanah baharu atau hartanah undercon, hartanah subsale mempunyai pemilik sedia ada yang sebelum ini telah membelinya daripada pemaju semasa pelancaran hartanah (property launch). Di sini ada 7 langkah yang details untuk membeli rumah subsales di Malaysia.

Panduan 7 langkah Untuk Beli Rumah Subsales

Langkah 1: Tentukan bajet anda

Menentukan bajet anda adalah langkah pertama sebelum memulakan perjalanan pembelian rumah subsales anda. Apabila mengetahui berapa jumlah yang anda mampu, barulah anda boleh memilih tawaran yang bersesuaian. Pembelian hartanah subsales biasanya memerlukan modal yang besar. Anda perlu memiliki tunai di tangan sekurang-kurangnya 20% daripada nilai hartanah. Sebagai contoh, jika hartanah berharga RM500,000, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya RM100,000 (atau mungkin lebih). Ini kerana hartanah subsales perlu mengambil kira kos pembelian seperti bayaran pendahuluan (sekurang-kurangnya 10%), duti setem (sekurang-kurangnya 1%), yuran penilaian hartanah, yuran guaman untuk perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman perumahan dan kos renovasi (boleh mencecah 10% nilai hartanah).

Namun, anda boleh mempertimbangkan skim beli rumah pertama yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menentukan bajet anda. Sebagai contoh, kerajaan menawarkan Skim Rumah Pertamaku (untuk hartanah bernilai sehingga RM500,000) yang membolehkan anda mendapat 100% pinjaman bank (full loan). Dengan itu, anda tidak perlu wang pendahuluan untuk membeli rumah subsales.

Langkah 2 : Cari rumah subsales sesuai untuk anda dan keluarga

Secara asasnya, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih hartanah subsale di Malaysia yang sesuai untuk anda antaranya faktor geografi, lokasi, infrastruktur serta kemudahan asas dan sebagainya. Beberapa factor penting yang anda perlu ambil kira seperti lokasi hartanah, keselamatan hartanah sama ada kawasan berpagar, lokasi tempat kerja anda dan keluarga, kemudahan asas seperti, sekolah, pasar raya, masjid, restoran makan dan sebagainya, akses jalan raya, saiz rumah dan usia hartanah.

Langkah 3: Pilih Rumah dalam Lingkungan Bajet, Bandingkan Harga

Secara amnya, rumah subsales ditawarkan pada harga yang berbeza bergantung pada jenis, keadaan rumah dan lokasi kejiranan. Jika rumah yang dibeli berada dalam kawasan bandar, harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal berbanding rumah di kawasan pinggiran bandar. Rumah atas tanah juga akan lebih mahal berbanding kondo/apartment.

Beberapa platform atas talian seperti iproperty.com, mudah.com, propertyguru.com boleh membantu anda mengetahui nilai hartanah semasa dan bandingkan harga untuk rumah yang anda mahukan. Adalah digalakkan anda mencari ejen hartanah yang professional dan berpengalaman untuk journey mencari rumah subsales anda. 

Langkah 4: Mohon pembiayaan perumahan

Setelah anda menemui rumah idaman anda, anda boleh mula mencari dan mengenal pasti loan rumah yang sesuai untuk anda. Tempoh pinjaman perumahan biasanya 35 tahun atau maksima 70 tahun.. Sekiranya anda pekerja kerajaan atau bekerja dalam sektor awam, anda boleh mempertimbangkan pinjaman rumah kerajaan atau pinjaman LPPSA.

Anda boleh semak syarat pinjaman perumahan kerajaan atau kelayakan pinjaman perumahan kerajaan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Kadar faedah LPPSA adalah lebih rendah berbanding kadar faedah bank. Ada digalakkan untuk membuat perbandingan dengan teliti dan pilih bank yang menawarkan kadar faedah dan pakej pembiayaan yang kompetitif. Selain itu, sebelum memohon mana-mana pembiayaan perumahan, anda perlu pastikan rekod kredit CCRIS dan CTOS anda berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan permohonan pembiayaan anda ditolak.

Langkah 5: Tandatangan perjanjian jual beli (SPA)

SPA adalah dokumen undang-undang yang menetapkan terma dan syarat penjualan. Oleh sebab itu, anda perlu pastikan semua butiran tentang rumah subsale diterangkan dan dinyatakan dengan betul.

Ini merupakan satu lagi titik penting bagi rumah subsale – memastikan rumah tersebut diterangkan dengan terperinci dan tepat di dalam SPA. Contohnya. Nombor tempat letak kereta untuk unit kondo anda dinyatakan dalam SPA.

Memandangkan maklumat ini selalunya termasuk semua ciri pengubahsuaian, tambahan, atau sambungan, sangat penting bagi anda untuk memastikan apa yang ada pada kertas itu padan dengan apa yang anda lihat dalam kehidupan sebenar. Senarai inventori juga merupakan bahagian penting dari SPA yang anda perlu perhatikan apabila membeli hartanah subsales.

Langkah 6: Tandatangan perjanjian pinjaman dan MOT

Proses tandatangan perjanjian pinjaman dengan pihak bank merupakan salah satu proses beli rumah subsales yang penting. Ia sebagai mengesahkan pembiayaan dan tanda persetujuan anda dengan terma dan syarat yang dinyatakan oleh pihak bank. Anda disarankan untuk menyemak dan memastikan amaun, kadar faedah pinjaman perumahan, tempoh pinjaman, terma dan syarat lain yang dinyatakan dalam perjanjian adalah tepat dan betul.

Selepas itu, bolehlah terus ke langkah memindahkan hartanah! Rumah-rumah subsale biasanya dilakukan dengan Memorandum Pindah Milik / Memorandum Transfer (MOT) antara penjual dan pembeli. 

Langkah 7: Serahan milikan kosong rumah subsales anda

Serahan milikan kosong atau vacant possession (VP) adalah tarikh anda menerima kunci hartanah anda. VP bergantung kepada pembayaran baki harga pembelian hartanah dan juga perjanjian sepakat dia antara pembeli / penjual yang memperincikan semua bil yang telah dilunaskan secara pra-bayar oleh penjual termasuk sinking fund, bil air dan yuran pengurusan, dan pertukaran nama akaun TNB, Indah water, bil air telah berjaya ke nama anda.

Biasanya, garis masa 3 + 1 bulan di dalam SNP Rumah memberikan pembeli dan penjual masa yang cukup untuk mendapatkan dana, keluar rumah dan memindahkan hak milik. VP disahkan sebaik sahaja penjual hartanah menyerahkan kunci kepada pembeli, sama ada secara peribadi atau melalui peguam pembeli. Setelah itu, anda boleh berpindah ke kediaman ini. Kini, anda boleh berbangga menjadi pemilik rumah secara rasmi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *