Rumah baru atau dalam pembinaan (undercon) merujuk kepada rumah atau hartanah yang sedang dalam proses pembinaan oleh pemaju. Biasanya, rumah baru ini dijual oleh pemaju sebelum pembinaan selesai atau sebelum rumah tersebut siap diduduki.
Rumah sekunder (subsales) merujuk kepada rumah atau hartanah yang telah siap dibina dan dimiliki oleh seseorang, dan kemudian dijual semula kepada pembeli lain. Biasanya, transaksi jual beli rumah sekunder melibatkan pembeli dan penjual yang tidak terlibat dalam pembinaan rumah tersebut, dan transaksi ini biasanya dikendalikan oleh ejen hartanah.
Sekarang anda sudah tahu perbezaan asas di antara rumah subsales dan rumah baru, nah… ada satu lagi persoalan yang perlu dipertimbangkan:
Ia itu berapakah bajet anda? Mungkin mudah untuk mengatakan, “Oh, bajet untuk rumah saya ialah RM500,000”.
Ok, katakan bajet anda RM500,000, adakah RM500,000 itu sudah termasuk bayaran untuk lain-lain seperti yuran guaman, komisen untuk ejen, insurans, kos pengubahsuaian rumah anda nanti?
Sekiranya tidak, adalah sangat penting untuk anda mengetahui dengan tepat apa yang bakal dihadapi sebelum memutuskan untuk membeli rumah subsale atau rumah baru!
Di bawah ialah beberapa kriteria yang anda boleh pertimbangkan:
Table of Contents
Perbezaan antara rumah baru vs rumah subsales dari segi:
1. Kejiranan
- Subsales: Kawasan kejiranannya adalah telah dikenalpasti. Kawasan kejiranan yang telah dikenal pasti dapat memberikan gambaran tentang lingkungan di sekitar rumah subsales tersebut, seperti tingkat keamanan, kebersihan, dan kualitas hidup di kawasan tersebut.
- Undercon: Kawasan kejiranan masih belum kita ketahui melainkan pembangunan kecil di kawasan pesat seperti kondominium di sekitar Kuala Lumpur.
2. Harga
- Subsales: boleh runding dengan pemilik rumah. Biasanya, rundingan dilakukan oleh ejen hartanah kerana jika rumah tersebut dapat dijual, ejen tersebut dapat komisyen daripada hasil jualan.
- Undercon: harga adalah tetap dan tidak boleh runding dengan pemaju.
3. Kos Guaman Perjanjian Jual beli (SPA)
- Subsales: perlu membayar yuran guaman untuk SPA.
- Undercon: kebanyakan pemaju serapkan yuran guaman sebagai insentif untuk menarik jualan mereka.
4. MOT / Duti Setem
- Subsales: perlu bayar duti setem secara tunai.
- Undercon: terdapat projek yang pemaju serapkan kos duti setem. Namun terdapat pengecualian duti setem untuk pemilik rumah pertama yang anda boleh semak di website LHDN.
5. Guaman Dokumen Pembiayaan Pinjaman
- Subsales: perlu bayar yuran guaman untuk pembiayaan pinjaman sama ada secara tunai atau letak dalam pinjaman rumah.
- Undercon: sesetengah pemaju serap yuran guaman untuk dokumen pembiayaan pinjaman (loan agreement) juga.
6. Defect Liability Period (DLP)
Defect liability period ini adalah tempoh yang anda dapat untuk anda tuntut sebarang kerosakan yang ada pada hartanah yang anda beli.
- Subsales: biasanya sudah tiada DLP. Sebarang kerosakan dalam rumah kena baiki sendiri.
- Undercon: ada, kebiasaan tempohnya adalah 24 bulan.
7. Pemilihan Unit
- Subsales: tidak dapat pilih unit kerana ia adalah hartanah yang spesifik dan terhad ditawarkan oleh pihak penjual.
- Undercon: kebanyakannya anda boleh memilih rumah yang anda inginkan facing mana, tingkat berapa, unit mana dan sebagainya.
8. Kemudahan Awam
- Subsales: sudah lama/ sudah digunakan untuk satu tempoh
- Undercon: baru
9. Risiko Tidak Siap / Kelewatan
- Subsales: tiada risiko tidak siap/ kelewatan. Biasanya serahan kunci dapat dilakukan dalam masa 3 -9 bulan bergantung rumah itu Freehold atau Leasehold.
- Undercon: ada risiko hartanah tersebut tidak siap, terbengkalai dan mengalami kelewatan serahan kunci
10. Tempoh Untuk Jual Semula
Subsales: boleh jual bila-bila masa.
Undercon: perlu tunggu hartanah siap dan mendapat status CCC.
Kesimpulannya, ada pro dan cons anda membeli kedua-dua jenis hartanah (sub sales vs underon) ini sama ada untuk tujuan pelaburan atau untuk kegunaaan sendiri. Jika memiliki anggaran yang cukup dan ingin memiliki rumah dengan bajet yang mencukupi, maka membeli rumah baru biasa menjadi pilihan yang baik. Selain itu, membeli rumah baru juga memberikan manfaat seperti kondition bangunan dan pemeliharaan minimal pada awal kepemilikan.
Tapi, kalau beli untuk tujuan pelaburan, lebih baik beli subsales kerana pembangunan yang matang dan senang untuk mencari penyewa.